Salam sejahtera sahabat semua,

Terima kasih kerana sudi menyinggah ke sini. Hampir 6 bulan rasanya teman memperlahankan aktiviti berblogging. Cabaran di tempat kerja baru menuntut saya memberikan tumpuan sepenuhnya kepada tugas utama teman selaku pendidik.

Tumpuan teman menerusi inisiatif Cikgu Siber juga distruktur semula agar lebih ringan, santai dan tidak memeningkan kepala. Nama domain juga ditukar dengan nama baru tanpa sebarang alasan serta belas kasihan, hahaha.

Secara jujurnya, teman masih mencari hala tuju CS dengan ruang masa serta kesempatan yang diberikan. Dibawah merupakan perancangan  teman sejak 2014 dan teman yakin dapat menemui kematangan menjelang tahun 2020 untuk komuniti bergerak dengan lebih gah dengan perancangan rapi.

Garis masa:
2014-2016 - Penentuan visi/halatuju serta pembangunan pasukan
2017-2018 - Pembinan laman web, pembangunan sumber dan jalinan kerjasama
2019 - Pelancaran platform rasmi menerusi aplikasi pintar
2020 - Peluasan jaringan, produksi media, pembinaan pusat latihan dan bengkel percuma untuk guru

Projek ditangguh:
Penulis Panel CS
CS Labs
20 Pendidik Aspirasi Malaysia

Blog ini juga ditukar nama domain kepada http://cikgurazifrazak,blogspot.my kerana selepas ini  blog ini hanya akan mengfokuskan perkongsian hal-hal personal blogger. Perkongsian yang lebih penting akan dilakukan di platform baru cikgusiber.com

Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan. Inshaallah perkongsian serba sedikit menerusi blog ini akan memberi manfaat kepada dunia pendidikan di Malaysia.


MOHD RAZIF BIN ABDUL RAZAK


Email: razxxf[at]gmail.com
Facebook: www.facebook.com/razxxf
Tel: +60134863010

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Cikgu Razif -C2R Official Blog- Powered by Blogger - Designed by razxxf -